Wednesday, February 27, 2013

Biologi form 4 chapter 2

ANIMAL CELL
difference
PLANT CELL
Do not have a fixed shape
shape
have a fixed shape
Usually absent.If present, the vacuole is small
vacuole
present
Food store in glycogen form
Food storage
Food store in starch form
Absent
Chloroplast
Present
Present
Lysosome
Absent
Present
Centriole
Absent
Centralized
Position of nucleus
Near the ende
Similarities
Have nucleus, mitochondrion, plasma membrane, cytoplasm, ribosome, endoplasmic reticulum, Golgi apparatus

Tuesday, February 26, 2013

SEJARAH----bab 1an

latihan (buku teks----pg 36)kan
1a)jenis sistem tulisan

  • Sistem tulisan Tamadun Mesopotamia bermula dengan bentuk tulisan bergambar.Sistem ini kemudian berkembang kepada tulisan berbentuk simbol yang ditulis pada tanah liat.Tulisan pada tanah liat ini berbentik pepaku dan dikenali sebagai cuneiform.
  • Hieroglif ialah tulisan awal Mesir dan merupakan tulisan bergambar.Tulisan ini berkembang kepada tulisan hieratik, tulisan berangkai.Akhirnya,tulisan hieratik ini berkembang kepada tulisan demotik.Tulisan yang begitu cantik, halus dan penuh seni ini menggambarkan keagungan tamadun Mesir Purba
  • Tamadun Indus mempunyai sistem tulisan yang berbentuk piktograf.Walaubagaimanapun, tulisan ini masih lagi menjadi misteri dan masih belum dapat ditafsirkan
  • Tulisan Tamadun Hwang Ho berbentuk ideogram, iaitu tulisan berbentuk simbol.Tulisan asal ini mempunyai gambar seperti matahari dan sungai. Namun demikian tulisan berubah kepada bentuk yang lebih kompleks seperti yang terdapat pada hari ini.

1b)kepentingan tulisan
  • sistem tulisan penting untuk melahirkan tradisi kesusasteraan.Contohnya epik Gilgamesh yang dilahirkan dalam tamadun Mesopotamia.
  • membawa kepada sistem pendididkan yang bertujuan untuk melahirkan jurutulis.Kehadiran jurutulis ini       membolehkan urusan pentadbiran dan perdagangan dicatat. Dalam perdagangan, semua urusan jual beli disertakan dengan resit, nota dan surat kredit.
  • menyebar ilmu pengetahuan dan menjadi perhubungan di dalam sesebuah masyarakat dan juga antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain
  • bahasa merupakan instrumen paling penting untuk menyampaikan, memperkembangkan dan mencatatkan idea dan pemikiran manusia

2) Sungai Nil
  • Sungai Nil berpunca daripada Sungai Nil Biru dan Sungai Nil Putih
  • Limpahan air ke tanah yang gersang dan berpadang pasir menukarkan berntuk muka bumi Mesir kepada tanah dataran yang subur
  • tanah lanar yang dibawanya membentuk sebuah delta yang subur untuk pertanian dan petempatan manusia
  • petempatan tetap di sepanjang Lembah Nil berkembang manjadi perkampungan.Gabungan kampung ini mewujudkan bebereapa buah bandar dan kemudiannya bergabung menjadi daerah atau nome.Nome ini pula bergabung dan dengan salah satu bandar dan menjadi pusat pentadbiran

3)Peranan raja 
  • Dalam Tamadun Mesopotamia,Raja Naramsin(way to remember-----NAnas RAMbutan SINgapore) menguasai wilayah yang luas
  • Raja sebagai ketua pentadbiran, ketua tentera dan ketua pendeta (way to remember 2 PEN & 1 TENt) yang berkuasa dalam hal keagamaan
  • raja juga menjadi ketua agama dan berkuasa dalam soal tanah, cukai, hasil pertanian dan perniagaan (way to remember----Teddy Cry for 2 PEn)
  • raja Sargon menakluk dan menyatukan wilayah-wilayah kerajaan Sumeria di selatan Mesopotamia
  • dalam Tamadun Mesir Purba,firaun(raja) menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan,menguruskan dan mengagihkan penghasilan makanan dalam negara
  • Dalam Tamadun Kwang Ho, raja-raja Dinasti Chou membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah-wilayah dan melantik pembesar tempatan di setiap wilayah ini
  • Raja-raja Dinasti Shang mempunyai kewibawaan politik, ekonomi, sosial dan agama
  • raja-raja berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran

4)peranan setiap lapisan masyarakat Tamadun Hwang Ho
  • lapisan paling atas diterajui oleh raja.
  • Raja mentadbir negara,membahagikan wilayah pemilikan tanah kepada wilayah-wilayah dan melantik pembesar tempatan di setiap wilayah ini
  • lapisna kedua ialah golongan bangsawan, pembesar dan pegawai kerajaan.
  • Golongan bangsawan sahaja yang dibenarkan memiliki tentera dan senjata gangsa, maka mereka dapat menundukkan golongan bawahan
  • pegawai kerajaan,bangsawan dan pembesar membantu raja dalam urusan pentadbiran
  • golongan bangsawan membantu raja mentadbir wilayah dan berhak mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri dalam hal seperti pungutan cukai,pertahanan dan undang-undang
  • lapisan ketiga terdiri daripada petani,artisan dan pedagang
  • petani merupakan tonggak ekonomi dan pentadbiran 
  • golongan artisan menguasai kemahiran gangsa dan mereka cipta pelbagai barangan tembaga
  • golongan paling bawah ialah golongan hambayang berfungsi untuk membantu kerja-kerja perburuhan,untuk tujuan korbanuntuk upacara penyembahan dan menjadi tentera paksaan